• Lebih 3 Juta Rakyat Malaysia Belum Daftar Pemilih

    Published: Monday, 31 July 2017
    A- A+


    KUALA LUMPUR: Lebih tiga juta rakyat Malaysia yang layak mengundi belum berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

    Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sejumlah 3,772,149 orang masih belum daftar sebagai pemilih setakat Mac 2017.

    "Selain itu, Suruhanajaya Pilihan Raya menerima 1,454 bantahan (terhadap pendaftaran pemilih) dari Januari sehingga Mac 2017," katanya dalam jawapan di Parlimen pada Isnin.

    Beliau berkata, mana-mana individu yang memiliki kad pengenalan Malaysia sementara tidak layak mengundi pada pilihan raya umum atau pilihan raya kecil kerana mereka tidak diklasifikan sebagai warganegara.

    Ahli Parlimen Pekan itu menjawab soalan daripada Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuri Patto mengenai jumlah mereka yang layak mengundi tetapi tidak berdaftar mengikut kaum dan agama.

    Wakil rakyat DAP itu turut bertanyakan sama ada mereka yang mempunyai kad pengenalan sementara layak untuk mengundi.-mStar

    Subjects:

  • No Comment to " Lebih 3 Juta Rakyat Malaysia Belum Daftar Pemilih "