• Laporan DOJ Tidak Diiktiraf Jabatan Negara AS, Tak Boleh Jadi Rujukan

    Published: Thursday, 27 July 2017
    A- A+

    Laporan antarabangsa mengenai Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) tidak boleh diambil kira oleh semua pihak termasuk pembangkang kerana ia bukan laporan yang diiktiraf oleh negara berkenaan.

    Tegas Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, tindakan pembangkang yang sering menjadikan DOJ sebagai rujukan boleh mengelirukan rakyat Malaysia seluruhnya.

    Beliau menegaskan demikian ekoran pertanyaan Ahli Parlimen PAS Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar yang meminta Zahid menjelaskan adakah kerajaan bersedia menerima laporan negatif dari pihak Jabatan Negara Amerika Syarikat jika DOJ mengeluarkan laporan negatif tentang pemerdagangan manusia selepas ini.

    Ini kerana sebelum ini kerajaan Malaysia telah menyambut baik apabila Jabatan Negara Amerika Syarikat mengeluarkan Malaysia dari tahap dua dalam isu pemerdagangan manusia.

    “Kepompong pemikiran Pokok Sena inilah yang perlu ditolak oleh rakan-rakan yang lain, kerana DOJ bukan laporan yang diiktiraf dari Jabatan Negara Amerika Syarikat.

    “Tterdapat piawaian yang ditetapkan di peringkat antarabangsa yang dilaksanakan Jabatan Negara dan ini harus diakui pencapaian tersebut adalah langkah proaktif oleh pihak kerajaan dan pembangkang perlu membantu kita,” katanya bagi menjawab soalan tambahan yang dikemukakan Mahfuz dalam Sesi Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat, Khamis.

    Mengulas lanjut, Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata kerajaan berpendirian meletakkan Malaysia di luar kepompong tahap kedua dimana isu pemerdagangan manusia, dalam mesyuarat jawatankuasa tertinggi melibatkan 7 menteri melibatkan 11 jabatan dan agensi dimana langkah pendakwaan dan juga beberapa langkah proaktif yang lain telah diambil.

    Jelasnya, ia termasuklah melakukan pensabitan bagi meningkatkan kebolehpercayaan Jabatan Negara Amerika Syarikat.

    Berikutan itu, kerjasama dengan dua buah NGO telah dibuat bagi membantu bagi mencapai tahap 1 sebelum 2020.

    “Kami telah bekerjasama dengan 2 buah NGO dimana peruntukan telah diberi kepada mereka dan kita menggalakkan NGO lain untuk bersama melakukan perlindungan.

    “Kita telah meletakkan beberapa kemudahan dengan memberi peluang pekerjaan kepada mangsa berkenaan, setakat ini beberapa syarikat Amerika Syarikat telah menawarkan pekerjaan namun sekarang ini digalakkan syarikat Malaysia untuk mengambil mangsa pemerdagangan dulu,” ujarnya.- BNBCC

    Subjects:

  • No Comment to " Laporan DOJ Tidak Diiktiraf Jabatan Negara AS, Tak Boleh Jadi Rujukan "