• Lamborghini ‘Terbang’ Rempuh Kereta

    Published: Thursday, 6 July 2017
    A- A+

    SUBANG JAYA: Sebuah kereta model Lamborghini hilang kawalan sebelum ‘terbang’ dan rempuh sebuah kenderaan di simpang lampu isyarat Persiaran Teknologi Subang, di sini, petang kelmarin.

    Kejadian jam 5 petang itu menyebabkan kenderaan mewah berkenaan mengalami kerosakan teruk, namun nasib pemandunya pula tidak diketahui berikutan tiada laporan polis dibuat.

    Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor Superintendan Kamaludin Mohamad berkata, Lamborghini berkenaan dipandu oleh seorang lelaki dari arah Persiaran Jubli Perak.

    “Sebaik tiba di lokasi, pemandunya mahu membelok ke arah Persiaran Teknologi Subang, tetapi kenderaannya gagal dikawal dan bergesel di bahagian sisi kiri belakang kereta Perodua Myvi.

    “Pemandu Lamborghini cuba mengelak daripada melanggar kereta Perodua Myvi dipandu seorang wanita menyebabkannya dia terbabas dan menaiki pembahagi jalan,” katanya.

    Kamaludin berkata, kereta berkenaan merempuh sebuah lagi kereta Proton Persona yang dipandu oleh seorang lelaki.

    Kejadian turut tular di laman sosial dan terdapat netizen memaklumkan pemandu Lamborghini berkenaan di bawah umur. – myMetro Online

    Subjects:

  • No Comment to " Lamborghini ‘Terbang’ Rempuh Kereta "