• Kurus Kerana Dadah?, Jangan Merepeklah! - Syafiq Kyle

    Published: Thursday, 27 July 2017
    A- A+

    Pelakon Syafiq Kyle mengakui terkejut apabila ada pihak mendakwa dirinya mengambil dadah sehingga menyebabkan berat badannya susut.

    Syafiq atau nama sebenar Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak, 25, berkata, penurunan berat badannya disebabkan oleh dia menjaga pemakanan dan mengamalkan gaya hidup yang sihat.

    "Saya tidak boleh cakap apa-apa kerana itu adalah hak peminat untuk bercakap sesuatu mengenai saya.

    "Saya juga tidak faham bila orang kurus sahaja mesti nak dikaitkan dengan dadah.

    "Dulu mungkin saya suka makan saja dan tidak mengamalkan senaman, jadi sekarang ini saya telah seimbangkan kedua-duanya supaya saya dapat mempunyai badan yang ideal dan sihat.

    "Saya tidak kisah orang nak kata apa janji saya tahu apa yang dilakukan ini adalah betul," katanya kepada Astro Gempak.

    Syafiq berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Tayangan Episod 15 Mencintaimu Mr. Photographer dan Sesi Ramah Mesra bersama peminat, di Cathay Cineplex, E@Curve, Damansara, pada Rabu.

    Jangan lupa saksikan episod terkahir drama bersiri Mencintaimu Mr. Photographer jam 10.00 malam ini di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).

    Gunakan hashtag #MencintaimuMrPhotographer untuk berinteraksi mengenai drama bersiri ini di laman sosial.-Astro Gempak

    Subjects:

  • No Comment to " Kurus Kerana Dadah?, Jangan Merepeklah! - Syafiq Kyle "