• Kurangkan Pencemaran Udara Guna Basikal

    Published: Friday, 7 July 2017
    A- A+


    BEIJING: China merupakan sebuah daripada negara paling teruk tercemar, tetapi sebuah projek baharu dirancang untuk mengurangkan tahap pencemaran udara di negara tersebut.

    Basikal Bebas Jerebu merupakan kaedah terbaharu yang akan digunakan untuk menyerap karbon dan pencemaran lain di udara terutamanya di bandar besar seperti Beijing.

    Perancangan itu adalah sebahagian daripada projek lebih besar iaitu menara yang bertindak seperti pembersih vakum gergasi dengan mengumpul jerebu dan menukarnya menjadi berlian.

    Pakar reka bentuk Belanda, Daan Roosegaarde yang memulakan perancangan itu telah menandatangani sebuah perjanjian dengan syarikat perkongsian basikal China, OFO untuk menjayakan projek Basikal Bebas Jerebu.

    Basikal unik itu akan menampilkan modul yang menyerap udara yang tercemar, kemudian membebaskan udara bersih di sekeliling pengayuh basikal.

    Projek ini diharapkan dapat membekalkan udara yang bersih kepada penduduk di bandar, serta membantu menangani kesesakan lalu lintas dan pencemaran.

    Kerjasama itu telah diumumkan di Forum Ekonomi Dunia, di Dalian, China pada minggu lepas.

    Basikal itu masih di dalam proses pembuatan, maklumat seperti reka bentuk dan pelaksanaannya akan diumumkan dalam tempoh beberapa bulan lagi. - ODDITY CENTRAL/mStar

    Subjects:

  • No Comment to " Kurangkan Pencemaran Udara Guna Basikal "