• Kru kapal tangki hilang

    Published: Monday, 31 July 2017
    A- A+

    KLANG: Seorang kru sebuah kapal tangki hilang selepas dipercayai terjatuh ketika melalui perairan berdekatan Morib, Banting, petang semalam.

    Ketika kejadian, kapal yang berdaftar di Bangkok, Thailand itu dalam perjalanan dari Pelabuhan Klang menuju Papua New Guinea.

    Pengarah Maritim Daerah, Kepten Maritim Abu Zaki Mohammad, berkata kehilangan kru yang dikenali sebagai Teerayouth Mimamphan, 28, disedari ketika kapal berkenaan berada pada kedudukan 10.8 batu nautika barat daya Morib.

    Katanya, Pusat Operasi Daerah Maritim 4 menerima maklumat pada jam 7.18 malam tadi yang memaklumkan kapal MT C.P 38 menyedari seorang kru kapal warga Thailand tiada di kapal.

    "Kali terakhir mangsa kelihatan atas kapal itu ialah kira-kira jam 5.30 petang," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

    Beliau berkata, operasi mencari diaktifkan jam 8 malam tadi dan akan diperluaskan kepada 10 batu nautika hari ini.

    Subjects:

  • No Comment to " Kru kapal tangki hilang "