• Kit Siang masuk perangkap Najib secara membuta tuli

    Published: Monday, 31 July 2017
    A- A+
    Tulisan asal oleh:
    Raja Petra Kamarudin, Malaysia Today, 30 Julai 2017

    "Ramai orang bertanya kepada saya sama ada saya masih boleh meneruskan perjuangan saya selepas mereka mendengar berita bahawa saya tercedera. Saya mahu memberi jaminan bahawa tidak mudah bagi Lim Kit Siang untuk jatuh," kata Lim Kit Siang, sebagai jawapan kepada soalan mengenai kecederaan di kepalanya akibat jatuh baru-baru ini.

    Tan Sri Mohamed Yaacob berkata perkara yang sama sebelum Kelantan jatuh ke tangan PAS pada tahun 1990 apabila beliau menolak nasihat Tun Daim Zainuddin untuk memberi laluan kepada orang muda untuk memimpin Umno Kelantan. Pada tahun 1999, Tan Sri Wan Mokhtar Wan Ahmad juga diberitahu bahawa Terengganu mungkin akan jatuh ke tangan pembangkang kerana setelah 25 tahun sebagai Menteri Besar Terengganu rakyat sudah bosan dengannya dan beliau juga mengatakan tidak mudah baginya untuk jatuh.

    Ya, Kit Siang bakal bersama dengan barisan veteran yang lain yang mengatakan tidak mudah untuk mereka jatuh dan kemudiannya jatuh. Dan, dalam hatinya, Kit Siang tahu akan ini dan beliau sangat risau akan kejatuhan kerjaya politiknya. Dan apabila akar umbi DAP tersedar selepas Hari Pengundian PRU14 bahawa Kit Siang membuat kesilapan strategik terbesar dalam kerjaya politiknya dengan meletakkan nasib DAP ke tangan Tun Dr Mahathir Mohamad, orang Cina akan membuangnya dengan cepat."

    Sebenarnya panik Kit Siang bermula pada 4 Disember 2016 apabila Perdana Menteri Najib Tun Razak mendedahkan bahawa pilihan raya akan datang adalah antara Barisan Nasional yang diketuai oleh Umno dan Pakatan Harapan yang diketuai oleh DAP. Ketika itulah Kit Siang menelefon Mahathir dan mencadangkan perjanjian. Dan beliau juga menjemput Mahathir ke konvensyen DAP pada hari berikutnya selepas mengumumkan sebelum itu bahawa Mahathir tidak dijemput. Kit Siang perlu menyangkal kata Najib dengan memastikan adanya wajah Melayu di konvensyen DAP. Tetapi angka 4, yang bermaksud 'mati', bukan angka yang baik untuk orang Cina dan keputusan pada 4 Disember, sejak itu, telah membawa banyak feng shui yang buruk kepada Kit Siang dan DAP. Orang Cina tidak pernah melancarkan masa depan mereka pada 'hari kematian' dan, ironinya, ini adalah apa yang dilakukan oleh Kit Siang.

    Kit Siang berada dalam keadaan panik. Tetapi beliau mahu ia kelihatan seperti beliau tenang dan sebaliknya Perdana Minster Najib Tun Razak yang berada dalam keadaan panik. Kit Siang bukan sahaja hidup dalam penafian tetapi beliau berharap dapat menipu penyokong DAP dan Pakatan Harapan dan membuat mereka percaya beliau mengawal keadaan. Pada hakikatnya, Kit Siang kehilangan kawalan pada hari beliau masuk perangkap Najib dan mengikat nasibnya kepada Mahathir. Sekarang Kit Siang menyedari bahawa apa yang telah berlaku dalam tempoh dua tahun ini adalah sebahagian daripada rancangan Najib dan beliau telah termasuk perangkap itu.

    Inilah apa yang Kit Siang katakan di Skudai pada malam Jumaat:

    Salah satu topik paling hangat di negara ini adalah spekulasi mengenai masa untuk mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-14 dan kemungkinan hasilnya. Tetapi beberapa malam yang lalu, bermulanya taufan politik di negara ini. Kini, semua pertaruhan mengenai hasil PRU14 dibatalkan, dan Najib dan pemimpin tertinggi UMNO/BN, ahli propaganda dan cybertrooper telah panik dalam dua minggu terakhir ini mengenai kemungkinan hasil dari PRU14, yang mungkin melihatkan mereka dikeluarkan dari Putrajaya!

    Permulaan taufan politik adalah mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan pada 14 Julai, mengumumkan struktur, logo dan barisan kepimpinan Pakatan Harapan yang baru, yang menyalakan semula harapan baru dan memberi inspirasi baru kepada rakyat Malaysia bahawa masih terdapat peluang dalam PRU14 untuk mencapai perubahan politik di Putrajaya untuk Kerajaan Persekutuan yang baru di Malaysia, yang majoriti rakyat Malaysia sokong pada Pilihan Raya Umum ke-13 tetapi digagalkan oleh sistem pemilihan yang tidak demokratik.

    Selama dua minggu yang lepas, terdapat nafas baru, harapan baru dan keyakinan baru dalam politik Malaysia yang telah hilang sejak empat tahun lalu selepas Pilihan Raya Umum ke-13.

    Ini adalah penipuan terbesar yang pernah dikatakan Kit Siang sejak kesilapannya menggunakan Mahathir sebagai maskot Pakatan Harapan. Adakah beliau percaya semua pembohongan ini? Atau adakah beliau berharap pengundi akan mempercayainya. Perisytiharan Kit Siang ini sangat jelas dan lebih kurang menyimpulkan apa yang ada dalam fikirannya: "Selama dua minggu yang lalu, terdapat nafas baru, harapan baru dan keyakinan baru dalam politik Malaysia yang telah hilang sejak empat tahun yang lalu selepas Pilihan Raya Umum Ke-13."

    Jadi Kit Siang mengakui bahawa Pakatan mengalami kemerosotan sejak selepas PRU13 dan hanya dua minggu yang lalu mereka dapat melihat cahaya di hujung terowong. Masalahnya ialah cahaya di hujung terowong itu boleh menjadi kereta api yang sedang pantas menuju ke arahnya. Kit Siang tidak menyedarinya ketika itu tetapi Najib mahu beliau mengikat masa depannya kepada Mahathir supaya apabila orang Cina menghentam Mahathir, Kit Siang juga akan menerima akibatnya. Dan apabila kaum Cina menolak Mahathir mereka akan menolak DAP juga.

    Kit Siang juga berkata, "Najib telah kehilangan peluang keemasan untuk menang dengan keputusan terbaik jika beliau membubarkan Parlimen selepas pilihan raya umum Sarawak pada Mei tahun lepas. Ia dilaporkan hari ini bahawa penasihat Najib akan menggesa untuk pilihan raya umum awal, mungkin pada akhir Oktober atau awal November, kerana penangguhan lebih lanjut dapat menimbulkan risiko taufan terhadap UMNO/Barisan Nasional."

    Itulah yang diharapkan oleh Kit Siang: bahawa Najib akan mengadakan PRU14 tahun lepas. Tapi mengapa Najib perlu melakukan itu? Malah penasihat Najib tidak menggesa untuk pilihan raya umum awal seperti apa yang dikatakan Kit Siang. Secara sah, pilihan raya umum tidak perlu diadakan sehingga Ogos 2018, iaitu setahun dari sekarang. Dan itulah yang perlu dilakukan oleh Najib - melambatkannya selagi ia boleh dilakukan secara sah supaya pada masa PRU14 diadakan Pakatan Harapan akan berada dalam keadaan panik.

    Jadi, tidak, Najib tidak panik. Malah, Kit Siang sebenarnya yang panik. Dan Salleh Said Keruak menggambarkannya dengan baik apabila beliau berkata:

    "Perkara yang paling ditakuti Lim Kit Siang adalah bahawa Perdana Menteri Najib Tun Razak telah membuktikan beliau adalah pakar membuat strategi yang jauh lebih baik dan boleh membaca semua tindakan politik Kit Siang. Kit Siang kini sedar bahawa Najib dengan cerdiknya telah menghalang semua langkahnya. Kit Siang secara bersendirian tidak mampu menumbangkan Najib dan itulah sebabnya beliau memerlukan bekas pemimpin Umno untuk mengajar beliau cara untuk menumbangkan Najib.

    Kit Siang yang berada dalam keadaan panik, bukan Najib, kerana permainan sebenar beliau telah didedahkan dan semua orang boleh melihatnya. Penipuan Kit Siang kini sangat jelas apabila beliau memberitahu orang ramai bahawa Pakatan Harapan diketuai oleh DAP sementara beliau memberitahu orang lain bahawa Pakatan Harapan diketuai oleh PKR dan Pribumi.

    Kit Siang ingat bahawa susunan Ali Baba boleh berkesan dalam politik memandangkan ia boleh berkesan dalam perniagaan. Dan di situlah di mana Kit Siang memandang rendah orang Melayu kerana mereka tidak akan menerima Pakatan Ali Baba walaupun beliau meletakkan bekas pemimpin Umno di barisan hadapan sebagai wajah Melayu dalam Pakatan Harapan."

    Ucapan Kit Siang di Skudai pada hari Jumaat adalah pengakuan bahawa Pakatan Harapan adalah lemah dan, tidak mempunyai harapan untuk menyingkirkan Najib, Umno dan Barisan Nasional secara bersendirian. Tanpa pemimpin lama Umno yang mengetuai Pakatan Harapan, Najib, Umno dan Barisan Nasional akan kekal berkuasa. Jadi, mereka perlu bekerjasama dengan pemimpin lama Umno untuk menghalau Najib, Umno dan Barisan Nasional. Tanpa pemimpin lama Umno, DAP dan Pakatan Harapan mungkin dibubarkan dan tidak perlu bertanding dalam pilihan raya umum.

    Apa yang menyebabkan Kit Siang mengaku perkara sebegitu pada hari Jumaat itu? Kit Siang semestinya gila untuk mengaku bahawa Pakatan Harapan tidak mempunyai harapan melainkan pemimpin lama Umno membantu mereka memenangi pilihan raya umum. Pendek kata, DAP dan Pakatan Harapan tidak berguna dan mereka mempunyai peluang yang sedikit hanya jika pemimpin lama Umno membantu mereka. Jadi, masa depan DAP dan Pakatan Harapan terletak di tangan Umno, khususnya pemimpin lama Umno.

    Pengakuan yang bodoh. Kit Siang benar-benar sedang panik.

    Selain mengakui bahawa DAP dan Pakatan Harapan lemah, Kit Siang juga mula percaya penipuannya sendiri dan berharap semua rakyat Malaysia akan mempercayainya juga. Dan beliau cuba meyakinkan rakyat Malaysia bahawa DAP dan Pakatan Harapan mungkin lemah sejak empat tahun lalu sejak 2013 tetapi kini - dengan Mahathir, pemimpin lama Umno dan PPBM, sebagai sebahagian daripada Pakatan Harapan - masa depan mereka lebih cerah daripada empat tahun yang lalu.

    Jadi, Mahathir, pemimpin lama Umno dan PPBM, akan menyelamatkan DAP dan Pakatan Harapan - yang tidak mempunyai harapan sehinggalah dua minggu yang lalu. Jika Mahathir adalah harapan terakhir untuk Kit Siang, DAP dan Pakatan Harapan, maka itu tentunya tidak membina keyakinan dalam pembangkang. Dan hanya orang yang bodoh akan mengakuinya. Dan Kit Siang mengakuinya.

    Rancangan asal adalah untuk menjatuhkan Najib dari dalam Umno. Itulah rancangannya tiga tahun lalu. Apabila rancangan itu gagal, mereka mengubah strategi dan kini cuba menjatuhkan Najib dari luar Umno. Bagaimanapun, seperti yang dikatakan oleh Mahathir pada 2006, adalah mustahil untuk menjatuhkan Presiden parti dan Perdana Menteri dari luar Umno. Ia mesti dilakukan dari dalam Umno. Dan jika ia tidak dapat dilakukan dari dalam Umno maka ia tidak akan dapat dilakukan.

    Itulah yang dikatakan Mahathir 11 tahun lalu pada tahun 2006. Adakah sebarang perubahan sejak itu? Tidak. Senarionya masih sama. Tetapi pada tahun 2006 Mahathir baru berusia 81 tahun dan masih mempunyai masa. Hari ini beliau tidak mempunyai masa jadi beliau semakin terdesak.

    Satu lagi perkara yang mereka katakan adalah jangan mendekati lelaki yang sedang lemas kerana beliau akan beraut kepada anda dan menenggelamkan anda sekali. Dan inilah yang dilakukan oleh Kit Siang. Beliau menghampiri seorang lelaki yang sedang lemas dan kini Mahathir menyeretnya juga.

    Kit Siang hanya mempunyai satu alternatif untuk kekal relevan. DAP mesti menang sekurang-kurangnya 55 kerusi parlimen dalam pilihan raya umum akan datang manakala PKR, PPBM dan PAN digabungkan mesti menang tidak kurang daripada 60 kerusi. Sekiranya ini tidak berlaku maka Kit Siang akan menghadapi masalah. Beliau akan mengalami nasib yang sama yang ditimpa Tun Abdullah Ahmad Badawi selepas pilihan raya umum 2008.

    Seperti yang dikatakan Elvis Presley, "It’s now or never" (sekarang atau tidak langsung). DAP dan Pakatan Harapan mesti memenangi PRU14 seterusnya atau ia hanya akan berlaku dalam 100 tahun lagi. Dan 'sekarang' adalah tahun depan hingga Ogos 2018. Tingkap, seperti yang dinyatakan Kit Siang pada hari Jumaat, terbuka hanya dua minggu lalu. Dan ia akan kekal terbuka selama sepuluh bulan akan datang. Selepas itu ia akan tertutup. Dan jika DAP dan Pakatan Harapan gagal merebut peluang itu, yang akan ditutup semula selepas PRU14, maka Kit Siang dan seluruh keluarganya, termasuk Mahathir dan seluruh keluarganya, akan gagal (termasuk Anwar Ibrahim dan seluruh keluarganya juga).

    Itulah yang dipertaruhkan di sini. Dan itulah sebabnya Kit Siang menjadi gila dan malah jatuh dan mencederakan kepalanya kerana kebimbangan. Dan itulah sebabnya beliau membuat ucapan itu di Skudai pada hari Jumaat dengan mengatakan bahawa Najib berada dalam keadaan panik walaupun realitinya beliau yang berada dalam keadaan panik.

    Mengapa Najib berada dalam keadaan panik apabila semuanya berjalan seperti yang telah dirancang? Najib merancang untuk Mahathir meletak jawatan daripada Umno, dan beliau telah melakukan. Najib merancang untuk Mahathir membentuk/mendaftarkan sebuah parti baru, dan beliau melakukannya. Najib merancang untuk parti baru Mahathir dimasukkan ke dalam Pakatan Harapan, dan ia terjadi. Najib merancang untuk Pakatan Harapan didaftarkan, dan ia terjadi. Najib merancang untuk Pakatan Harapan untuk mempunyai logo sama yang akan digunakan semua parti dalam pilihan raya umum, seperti Barisan Nasional, dan mereka melakukannya. Najib mahukan roket DAP hilang, dan ia hilang.

    Apakah yang dilakukan oleh Mahathir, Kit Siang, DAP dan Pakatan Harapan yang mana Najib tidak mahu mereka lakukan? Mereka melakukan segala yang Najib mahu mereka lakukan, dan lebih banyak lagi. Jadi kenapa Najib panik? Kit Siang sebaliknya yang sepatutnya panik. Dan beliau sememangnya panik. Najib hanya menyerahkan senjata kepada Kit Siang dan Kit Siang mula menembak semua orang di dalam bilik itu, termasuk dirinya sendiri. Jadi kenapa Najib panik apabila Kit Siang melakukan semua yang Najib mahu beliau lakukan?

    Adakah Kit Siang tidak sedar betapa cepatnya Pendaftar Pertubuhan (RoS) meluluskan pendaftaran PPBM? Adakah Kit Siang tidak sedar betapa cepatnya Pendaftar Pertubuhan (RoS) meluluskan pendaftaran Pakatan Harapan? RoS malah membantu Pakatan Harapan merangka logo yang lebih baik dengan memasukkan 'Pakatan' sebelum 'Harapan' untuk mencerminkan nama sebenar parti itu. Pernahkah anda melihat RoS begitu membantu untuk memperbaiki logo parti?

    Ya, Najib tidak panik. Beliau mahu PPBM dan Pakatan Harapan didaftarkan kerana beliau telah mengkaji dan beliau tahu apa yang akan muncul ialah Pakatan Ali Baba, yang akan ditolak oleh pengundi Melayu di kawasan tanah Melayu. Oleh itu, segala-galanya memihak kepada Umno. Jadi, adakah Pakatan Harapan yang menarik Mahathir ke dalam pakatan itu atau adakah Najib yang menolak Mahathir ke dalam Pakatan Harapan? Adakah Kit Siang pernah memikirkan soalan ini?

    Bekas ahli Parlimen DAP, Kua Kia Soong, berkata, "Memandangkan sekarang Mahathir telah dijadikan pengerusi pakatan, Harapan akan perlu menjawab semua skandalnya. Harapan mesti bersedia untuk lebih daripada kerugian forex sebanyak RM30 bilion yang ditanggung semasa tempoh perkhidmatan Mahathir. Beliau tidak minta maaf atas keganasan Operasi Lalang, atas konspirasi politik terhadap Anwar dan menyatakan dalam rekod bahawa Anwar tidak sesuai untuk menjadi PM kerana beliau kaki wanita dan peliwat, kerana mencuri lebih daripada RM100 bilion dalam skandal kewangan semasa tempoh perkhidmatannya melalui kapitalisme kroni dan menyelamatkan ahli perniagaan yang gagal termasuk anaknya... "

    Ya, Kia Soong tahu bahawa Kit Siang telah menelan pil racun manakala DAP dan Pakatan Harapan telah minum dari cawan beracun. Pakatan Harapan kini menjadi parti bekas jutawan Umno yang memperoleh kekayaan mereka dengan cara yang korup. Dan bukankah itu laungan pertempuran Kit Siang? Kleptokrasi? Bagaimanakah Kit Siang boleh menjerit kleptokrasi apabila kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan menjadi kaya dengan merampas kekayaan negara?

    Kit Siang tahu undi Cina telah dimaksimumkan. Pada tahun 2008 DAP memenangi 28 kerusi dan pada 2013 mereka memenangi 38. Pada pilihan raya umum akan datang mereka perlu memenangi 55 kerusi. Sekarang Kit Siang tidak begitu pasti itu akan berlaku. Kerana perikatan mereka yang tidak suci dengan Mahathir, ramai orang Cina sangat jijik dan jika DAP tidak berhati-hati mereka mungkin akan ada hanya 35 kerusi. Malah, orang Cina kini menyedari bahawa perjuangan DAP bukan mengenai tadbir urus yang lebih baik tetapi mengenai dinasti politik Lim, manakala perjuangan Mahathir adalah mengenai kekayaan dan dinastinya juga.

    Jadi DAP tidak lagi boleh bergantung kepada hanya 55 kerusi Cina. Walaupun mereka masih boleh memenangi 55 kerusi Cina, PKR, PPBM dan PAN perlu memenangi 60 kerusi yang lain. Dan untuk itu berlaku, mereka memerlukan undi Melayu dan Bumiputera. Dan jika DAP menang hanya 35 atau 40 kerusi, maka PKR, PPBM dan PAN perlu memenangi 75-80 kerusi digabungkan. Dan satu-satunya cara itu boleh berlaku adalah untuk kerusi Umno jatuh ke Pakatan Harapan. Dan jika Kit Siang fikir itu akan berlaku maka beliau lebih bodoh daripada yang dijangkakan.

    Link asal artikel:
    http://www.malaysia-today.net/kit-siang-blindly-walked-into-najibs-trap/

    Subjects:

  • No Comment to " Kit Siang masuk perangkap Najib secara membuta tuli "