• Khairul Hafiz lebur rekod 49 tahun Jegathesan

    Published: Wednesday, 19 July 2017
    A- A+

    KUALA LUMPUR: Khairul Hafiz Jantan memecahkan rekod kebangsaan acara 200 meter (m) berusia 49 tahun di Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia 2017 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi.

    Khairul yang tidak beraksi dalam acara 100m meter semalam mencatat kepantasan 20.90 saat (s), sekali gus meleburkan rekod lama 20.92s milik Tan Sri Dr M Jegathesan yang dilakar di Sukan Olimpik Mexico 1968.

    Khairul yang mewakili Melaka turut memperbaharui rekod kejohanan 20.94s yang dicatat Kento Terada di Kangar pada 1996. - BHOnline

    Subjects:

  • No Comment to " Khairul Hafiz lebur rekod 49 tahun Jegathesan "