• Kerjasama Korporat Dipelawa Bangunkan Sekolah

    Published: Friday, 28 July 2017
    A- A+

    BATANG KALI – Kementerian Pendidikan mengalu-alukan penglibatan aktif daripada syarikat korporat bagi bekerjasama dan membantu pembangunan sekolah di Malaysia.

    Timbalan Menteri berkenaan, Datuk P. Kamalanathan berkata kerjasama pintar itu bukan sahaja meliputi pembangunan dari segi prasarana malah boleh mencakupi aspek lain seperti pendidikan, kebajikan, dan sebagainya.

    “Kita ada lebih 10,000 sekolah dan 2,000 daripadanya merupakan sekolah menengah, jadi pelbagai jenis bantuan boleh dihulurkan kepada sekolah-sekolah ini khususnya di luar bandar.

    “Mungkin ada syarikat ingin membaik pulih bekalan elektrik, menaiktaraf padang sekolah dan mengecat bangunan, there are so many ways to help. Just communicate with the ministry and we will give you the list of the schools and inform you what kind of help needed,” katanya.

    Beliau bercakap kepada pemberita selepas menutup ‘Samsung Employee Volunteer Programme’ di Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Mashor di sini hari ini.

    Kamalanathan berkata kementerian sentiasa membantu menyediakan bantuan asas kepada sekolah yang memerlukan namun mengesyorkan kerjasama ini sebagai langkah strategik demi kepentingan bersama. – BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " Kerjasama Korporat Dipelawa Bangunkan Sekolah "