• Kerajaan Negeri Tidak Merendahkan Bahasa Malaysia

    Published: Tuesday, 11 July 2017
    A- A+


    SIBU: Kerajaan Negeri membenarkan orang ramai menggunakan bahasa Inggeris dalam urusan surat -menyurat.

    Perkara tersebut dimaklumkan oleh Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Abang Openg menerusi teks ucapan yang dibaca Menteri Pendidikan Sains dan Teknologi Penyelidikan Dato Sri Michael Manyin Jawong semasa merasmikan Blok Bangunan Baharu SM Tinggi Katolik di sini semalam.

    Memetik laporan Utusan Borneo, katanya ia sebahagian daripada usaha kerajaan negeri memantapkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan rakyat negeri ini.

    “Begitupun bukan bermakna kita tidak merendahkan bahasa Malaysia sebaliknya untuk menjadikan rakyat negeri ini mahir berkomunikasi dalam bahasa Inggeris,” katanya.

    Menurutnya lagi, ia adalah langkah wajar dan berkesinambungan dengan institusi pengajian tinggi yang terdapat di negeri ini.

    Lagipun, bahasa Inggeris katanya adalah salah satu daripada bahasa teknologi yang diperlukan untuk memajukan diri. - Sarawakiana

  • No Comment to " Kerajaan Negeri Tidak Merendahkan Bahasa Malaysia "