• Kerajaan lancar SKIN elak sabotaj sistem imigresen

    Published: Tuesday, 18 July 2017
    A- A+


    CYBERJAYA - Kerajaan akan memperkenalkan Sistem Kawalan Imigresen Nasional (SKIN) yang bakal dilaksanakan sepenuhnya menjelang 2021 dan sistem tersebut diintegrasikan dengan semua rangkaian termasuk myIMMs supaya tiada lagi sabotaj di pintu masuk utama negara.

    Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerajaan memberi tempoh empat tahun kepada syarikat konsesi untuk mempersiapkan SKIN bagi memastikan sistem tersebut dibuat dengan terperinci dan sifar masalah.

    “Sistem SKIN akan menjamin tiada unsur sabotaj berlaku kepada sistem imigresen negara,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Menandatangani Perjanjian Konsesi SKIN antara Kementerian Dalam Negeri dan Prestariang Skin Sdn. Bhd.

    Dalam pada itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, Pelaksanaan SKIN dijangka akan memberi pendapatan tambahan kepada negara sebanyak RM800 juta setiap tahun. - K! ONLINE



    Subjects:

  • No Comment to " Kerajaan lancar SKIN elak sabotaj sistem imigresen "