• Kenyataan Abg Jo Lebih Menepati, Kata Sanib

    Published: Monday, 31 July 2017
    A- A+

    Isu 22 Julai 1963 mempunyai versi yang berbeza daripada pelbagai pihak dan ada yang mengambil kesempatan mempolitikkan isu tersebut untuk meraih sokongan daripada rakyat. Malah ada pihak cuba bermain sentimen kaum terhadap isu tersebut sehingga sanggup menolak fakta sebenar yang dibangkitkan oleh kepimpinan Sarawak.

    Pakar sejarah Sarawak Datu Sanib Salim menyambung kembali penulisannya di laman blog beliau. Setelah dikecam oleh netizen, beliau terus menulis dan menghuraikan kenyataan Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg pada kali ini.

    Sanib menjelaskan bahawa Abang Johari berjumpa dengan beliau pada tahun lalu dan memberi pendapat pada 22 Julai 1963 adalah 'Berkerajaan Sendiri' dan merupakan kabinet pertama yang terdiri daripada anak Sarawak. Ini kerana pada masa tersebut Gabenor masih lagi di bawah Kerajaan koloni British. Dan pada 15 September 1963 Gabenor British berangkat keluar dari Astana Negeri dan kembali ke London.

    Watikah kemerdekaan dan penubuhan Malaysia telah dibaca kepada umum oleh Tun Abang Openg pada 16 September 1963 dan sekaligus Tun Openg menjadi Gabenor pertama Sarawak. Fakta sebegini telah diperjelas berulang kali namun pihak tertentu masih mempertahankan pendapat mereka yang mengekalkan Sarawak merdeka 22 Julai dan beragenda mahu keluarkan Sarawak dari Malaysia.

    Sanib turut tidak bersetuju dengan cara pengurusan Presiden SUPP Dr Sim Kui Hian yang merupakan pengerusi pengelola sambutan Hari Sarawak kali ini.

    Menurutnya, kenyataan Sim terlalu bahaya apabila membenarkan acara tersebut dilakukan mengikut kehendak masing-masing dan terbukti jelas di Miri dan Sibu pihak tersebut telah melakukan perhimpunan yang tidak berspesifikasi identiti Sarawak. Mereka mengibarkan bendera Union Jack dan bukan bendera Sarawak dengan perarakan serta membuat bising.

    Hal sebegini sepatutnya tidak berlaku dan pengelola harus menerap nilai patriotisma kepada penduduk dan bukan membanggakan penjajah. Perkara yang sudah berlaku, Sim sebenarnya menambah kekeliruan pemikiran masyarakat dan boleh mengundang perkara yang tidak diingini berlaku.

    Menurut Sanib lagi, apa yang tertulis pada kain rentang ketika perarakan di Sibu dan Miri bukan ciri sebenar sambutan hari Sarawak tetapi lebih merupakan ayat yang menghasut. Ia menyalahi undang-undang, dan boleh didakwa dibawah akta hasutan.

    Hakikatnya Sim seharusnya lebih peka dengan keadaan dan tidak membiarkan rakyat terus terkeliru dengan agenda pihak tidak bertanggungjawab. Ucapan Abang Jo begitu jelas dan menyatakan apa sebenarnya tarikh 22 Julai 1963. Begitu terang kenyataannya ' Sarawak mempunyai kabinet pertama dan berkerajaan sendiri'. Bukalah Sarawak Merdeka seperti laungan pihak aktivis. - Abdul Halim Jantan

    Subjects:

  • No Comment to " Kenyataan Abg Jo Lebih Menepati, Kata Sanib "