• Kelayakan DAP Diputus Kemudian: SPR

    Published: Monday, 10 July 2017
    A- A+


    KUALA LUMPUR: Status kelayakan DAP untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang masih terlalu awal untuk diputuskan.

    Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah, berkata isu berkaitan DAP ketika ini lebih cenderung kepada beberapa aspek perundangan.

    Justeru, katanya, masih awal bagi SPR membuat ketetapan selagi tiada keputusan muktamad berhubung aspek berkenaan.

    "Biar pihak terbabit menyelesaikan perkara ini terlebih dulu.

    Soal layak atau tidak masih terlalu awal untuk diputuskan SPR.

    "SPR tidak akan mencampuri urusan Pendaftar Pertubuhan (ROS)," katanya kepada BH di sini, hari ini.

    Beliau diminta mengulas sama ada DAP boleh bertanding pada PRU akan datang selepas ROS memutuskan DAP perlu membuat pemilihan semula Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) parti.

    Jumaat lalu, Ketua Pengarah ROS, Datuk Mohammad Razin Abdullah, berkata pemilihan semula CEC baharu yang sah dan telus itu bertujuan membolehkan perwakilan memilih 20 anggota CEC yang sah dan diiktiraf.

    Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata DAP tidak boleh meletakkan calon untuk bertanding pada PRU akan datang jika mengingkari arahan ROS supaya pemilihan semula CEC parti diadakan semula.


    - Berita Harian

    Subjects:

  • No Comment to " Kelayakan DAP Diputus Kemudian: SPR "