• Kelakar Ke 'Prank' Pegang Tangan? - Daler Tegur Adik

    Published: Monday, 17 July 2017
    A- A+

    PELAKON Daler Yusuf meluahkan rasa marah apabila adiknya, Sherzod Yusuf cuba membuat usikan (prank) dengan memegang tangan wanita bukan mahram tanpa kebenaran.

    Menerusi video yang dikongsi di laman Instagramnya, Sherzod dilihat beberapa kali menyentuh tangan wanita ketika menaiki eskalator dengan harapan untuk melihat reaksi mereka terutama sekali bagi wanita yang bersama teman lelaki masing-masing.



    Video yang mendapat lebih dari 6,000 tontonan itu telah menarik perhatian netizen dan juga abangnya yang melarang perbuatan itu dilakukan.

    "Kali ini kita cuba #handtouchingprank (gurau pegang tangan) dekat gadis Melayu. Lihat video penuh untuk tengok reaksi gadis cantik dan kekasih mereka," tulis Sherzod.

    Sebagai seorang abang, Daler telah menegur adiknya secara umum di ruang komen.

    "Astaghfurillahalazim. Jangan buat lagi! Bukan mahram," kata Daler.

    Namun, Sherzod tidak berpuas hati dengan teguran tersebut dan mempertikaikan lakonan abangnya ketika babak bersentuhan.

    Membalas semula kenyataan adiknya, Daler memberitahu dia akan meminta kebenaran jika ada babak yang memerlukan dia bersentuhan dengan aktres wanita.-mStar



    Subjects:

  • No Comment to " Kelakar Ke 'Prank' Pegang Tangan? - Daler Tegur Adik "