• Kegilaan Mangkuk Viral Merebak

    Published: Wednesday, 19 July 2017
    A- A+


    PETALING JAYA: Penangan mangkuk viral atau tular dekat Pasar Seni, Kuala Lumpur semakin menjadi-jadi apabila ia mula menular ke Bandar Utama.

    Kini tular di media sosial mengenai pinggan mangkuk serendah 50 sen dijual di Centre Point Bandar Utama sepanjang tempoh promosi dari 10 sehingga 23 Julai ini.

    Himpunan pelbagai jenis mangkuk terdapat di sini dari jenis mangkuk bubur, sambal, kuah sehingga ke bekas nasi.

    Turut dijual pinggan dan piring dalam pelbagai jenis corak, warna, saiz dan bentuk.

    Ia juga menarik minat penggemar barangan antik atau mereka yang suka menghias rumah dan almari dengan mempamerkan koleksi pinggan dan mangkuk.

    Bagi mereka yang berminat dinasihatkan membawa beg kitar semula atau kotak termasuk suratkhabar bagi membawa pulang barang yang dihajati.

    Jika orang ramai sanggup beratur panjang untuk mendapatkan pinggan mangkuk comel dekat Pasar Seni, pastinya mereka juga sanggup datang ke sini.

    Jangan risau sekiranya terpaksa beratur panjang ketika panas terik atau hujan kerana jualannya di ruang legar berbumbung di Centre Point.

    Waktu operasi jualan dari pukul 10 pagi sehingga 9.30 malam. - Mstar

    Subjects:

  • No Comment to " Kegilaan Mangkuk Viral Merebak "