• Kediaman Paling Mahal Singapura

    Published: Friday, 14 July 2017
    A- A+


    SINGAPURA – Harga bagi sebuah penthouse tiga tingkat yang lengkap dengan kolam renang persendirian di tingkat 64 sebuah apartmen di sini dijual pada harga S$100 juta (RM311 juta).

    Apartmen Wallich Residence yang menempatkan penthouse berkeluasan 1,960 meter persegi itu mengandungi lima bilik tidur dan lima bilik air serta berhadapan dengan Pantai Marina dibangunkan oleh Kumpulan Guocoland Singapura di Tanjong Pagar.

    Kediaman dikenali sebagai ‘banglo mewah di udara’ itu bakal menjadi yang termahal di Singapura sekali gus menguji pasaran hartanah mewah di negara itu ketika harga kediaman menurun sehingga 20 peratus berbanding pada tahun 2013.

    Pengarah Urusan syarikat itu, Cheng Hsing Yao berkata, semakin ramai warga asing membeli kedia­man mewah di negara itu sejak pihaknya memajukan projek mewah Leedon Residence di Taman Botani Singapura yang berusia 150 tahun.

    “Berdasarkan harga, ia tidaklah terlalu besar. Namun, harga purata jualan kediaman mewah sebenarnya dianggap amat signifikan kepada pembeli,” katanya. - Kosmo

    Subjects:

  • No Comment to " Kediaman Paling Mahal Singapura "