• Kastam KLIA Rampas Dadah Bernilai RM360,500

    Published: Wednesday, 5 July 2017
    A- A+

    SEPANG - Jabatan Kastam Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) berjaya merampas 5.15 kilogram dadah bernilai lebih kurang RM360,500 dan menahan seorang warga India di KLIA semalam.

    Pengarah Kastam KLIA, Datuk Hamzah Sundang berkata, lelaki berusia 55 tahun yang telah menaiki penerbangan MH0181 dari Chennai, India ke Kuala Lumpur itu ditahan di KLIA pada pukul 7.10 pagi.

    “Hasil imbasan dan pemeriksaan lanjut mendapati serbuk kristal putih disyaki dadah jenis methamphetamine disorok di dalam ruang khas di dalam bagasi yang dibawa oleh suspek.

    “Jumlah anggaran berat kasar keseluruhan dadah ialah sebanyak 5.15 kilogram bernilai RM360,500,” katanya pada sidang akhbar mengenai tangkapan tersebut di sini hari ini.

    Hamzah menjelaskan, hasil siasatan mendapati dadah yang dirampas adalah untuk diseludup masuk ke Malaysia dan bukan untuk transit ke negara lain. - K! ONLINE


    Subjects:

  • No Comment to " Kastam KLIA Rampas Dadah Bernilai RM360,500 "