• Kapal Pengangkut China Didakwa Ceroboh Perairan Taiwan

    Published: Wednesday, 12 July 2017
    A- A+

    TAIPEI: Kapal pengangkut pesawat milik China, Liaoning didakwa memasuki zon pertahanan udara Taiwan, awal pagi tadi, ketika dalam perjalanan pulang dari Hong Kong.

    Bagaimanapun, Kementerian Pertahanan Taiwan, berkata pihaknya sedang memantau keadaan dan tiada sebab rakyat berasa cemas berhubung perkara itu.

    "Kapal Liaoning dilaporkan berlepas dari Hong Kong pada tengah hari semalam, sebelum memasuki zon pertahanan Taiwan ketika melalui bahagian barat Selat Taiwan.

    "Kami sedang memantau keadaan, tidak mengesan perkara yang luar biasa dan orang ramai tidak perlu cemas," kata jurucakap Kementerian Pertahanan.

    Liaoning, kapal pengangkut pesawat pertama milik China berada di Hong Kong sempena sambutan ulang tahun ke-20 penyerahan tanah jajahan Britain itu kepada Beijing. - Reuters

    Subjects:

  • No Comment to " Kapal Pengangkut China Didakwa Ceroboh Perairan Taiwan "