• Kantoi cuba bawa masuk barang larangan

    Published: Thursday, 20 July 2017
    A- A+


    DUA anggota Balai Polis Sentral Ipoh ditahan selepas didapati cuba membawa masuk barang larangan ke dalam lokap, malam kelmarin.

    Dalam kejadian 10 malam itu, kedua-dua anggota berpangkat Koperal dan Lans Koperal itu ditahan di dalam kereta di perkarangan balai berkenaan.

    Kedua-dua mereka ditahan selepas dilihat berada dalam keadaan mencurigakan di dalam kenderaan berkenaan.

    Difahamkan, pemeriksaan dijalankan ke atas tubuh badan anggota itu tidak menemui barang salah sebelum pemeriksaan dijalankan di dalam kenderaan terbabit.

    Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Datuk Gan Tian Kee berkata, bagaimanapun, pemeriksaan di dalam kenderaan kemudiannya menemui dua plastik sampah mengandungi pelbagai barangan dipercayai cuba dibawa masuk ke dalam lokap.

    Menurutnya, antara barangan yang ditemui ialah bateri, rokok, minuman botol, coklat, ubat gigi, kek, daun terup dan beberapa barangan lain.

    "Kertas inkuiri (siasatan dalaman) sudah dibuka sebelum polis mengklasifikasikan kes berkenaan mengikut seksyen bersesuaian," katanya dalam kenyataannya di Ipoh, hari ini.

    Subjects:

  • No Comment to " Kantoi cuba bawa masuk barang larangan "