• Kanak-kanak Bawa Bom Pergi Tadika

    Published: Friday, 7 July 2017
    A- A+

    BERLIN - JERMAN. Kanak-kanak dan kakitangan sebuah tadika terpaksa dipindahkan selepas seorang kanak-kanak membawa bom tinggalan Perang Dunia Ke-2 ke kelas.

    Menurut laporan AFP, kanak-kanak tersebut menjumpai bom berkenaan di dalam hutan berhampiran dan membawanya ke tadika, semalam.

    "Selepas kakitangan tadika menyedari 'objek pelik' tersebut di atas almari, mereka segera melaporkan kepada polis.

    Sebelum ketibaan polis, kakitangan membawa semua kanak-kanak tadika berkenaan ke sebuah kawasan lapang yang selamat.

    Pakar pemusnah bom kemudian tiba dan memusnahkan bom tersebut dan memeriksa hutan berhampiran.

    Selepas kejadian tersebut, pihak polis mengingatkan supaya sebarang penemuan objek tinggalan perang dilaporkan kepada pihak berkuasa. - SH

    Subjects:

  • No Comment to " Kanak-kanak Bawa Bom Pergi Tadika "