• Kanak-Kanak 5 Tahun Di Serian, Maut Keempat Akibat Rabies

    Published: Monday, 17 July 2017
    A- A+

    KUCHING: Seorang kanak-kanak berusia lima tahun dari Kampung Ampungan, Serian meninggal dunia sekitar jam 2.05 petang tadi akibat Rabies encephalomyelitis.

    Kenyataan dikeluarkan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak menjelaskan, sebanyak 97 kes gigitan baharu dikesan berlaku dari 2 hingga 17 Julai.

    Sebanyak 24 kes merupakan gigitan yang berlaku hari ini.

    "Ini merupakan bilangan kes kumulatif gigitan anjing yang berlaku sejak 1 April hingga hari ini dengan keseluruhannya berjumlah 368 kes.

    "Seramai 251 orang tampil untuk menerima vaksin," ujar kenyataan tersebut.

    Kenyataan tersebut turut menyatakan, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak (JPVS) sehingga hari ini telah memvaksinkan 7,665 ekor haiwan merangkumi 2,205 ekor anjing, 5,424 kucing dan 24 haiwan lain.-Sarawakiana
  • No Comment to " Kanak-Kanak 5 Tahun Di Serian, Maut Keempat Akibat Rabies "