• Kamera Digital Tanpa Cermin

    Published: Monday, 17 July 2017
    A- A+


    KAMERA keluaran Leica memang terkenal dalam kalangan peminat seni fotografi. Terbaru, Leica melancarkan kamera digital tanpa cermin, Leica TL2.

    Ia adalah penambahbaikan Leica TL yang baru sahaja dikemas kini hujung tahun lalu. Leica TL2 dilengkapi sensor 24-Megapixel APS-C dengan pemproses imej Maestro II.

    Terdapat skrin sesentuh 3.7' pada panel belakang bagi memudahkan navigasi dan melihat gambar yang diambil.

    Ia juga mempunyai sokongan WiFi dan USB 3.0 bagi memudahkan pemindahan gambar dengan pantas. Harga jualan Leica TL2 tanpa lensa bermula pada harga RM8,380. - Sinar Harian

    Subjects:

  • No Comment to " Kamera Digital Tanpa Cermin "