• 'Kalau Ada Lampu Ajaib, Mudah Saya Betulkan Bola Sepak Sarawak' - Abdul Karim

    Published: Thursday, 13 July 2017
    A- A+

    KUCHING: "Kalau ada lampu ajaib Aladin, pasti mudah untuk saya memperbetulkan senario sukan bola sepak Sarawak," kata Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

    Kenyataan dikeluarkan Karim itu susulan prestasi 'mendukacitakan' dipamerkan Sarawak dalam tiga aksi terakhir dengan kekalahan 0-4 kepada JDT, 0-2 (Selangor) dan 1-3 (Felda United).

    Untuk menggembalikan kegemilangan bola sepak Sarawak menurutnya, banyak perkara perlu dilihat termasuk pengaruh judi dan pertaruhan perlawanan.

    Beliau bukannya menuduh penglibatan Sarawak namun bimbang fenomena tersebut memberi impak kepada persembahan skuad kendalian David Usop sebelum ini.

    "Kenapa bermain di Kelantan boleh menang 2-0, kenapa bermain di rumah sendiri menentang Felda United boleh kalah 3-1, mesti ada sesuatu yang tak kena," ujarnya.

    Mengulas mengenai keputusan David merehatkan diri dalam mengendalikan Sarawak, beliau menghormati keputusan bekas ketua jurulatih tersebut.

    Menurutnya, David merupakan seorang ketua jurulatih yang berkredibiliti tinggi.

    “David mungkin tetah menetapkan indeks prestasi utama (KPI) yang ketat terhadap dirinya sendiri.

    “Mungkin akibat gagal memenuhi KPI tersebut, beliau mengambil keputusan untuk mengundur diri," jelasnya.

    Karim berharap Pengiran Bala yang menjadi ketua jurulatih sementara dapat menjadi penyelamat kepada Sarawak.-Sarawakiana


    Subjects:

  • No Comment to " 'Kalau Ada Lampu Ajaib, Mudah Saya Betulkan Bola Sepak Sarawak' - Abdul Karim "