• Kaki Warga Emas Digilis Lori 10 Tan Kemalangan Di Bau

    Published: Monday, 24 July 2017
    A- A+

    BAU: Seorang lelaki warga emas berusia 72 tahun mengalami kecederaan parah selepas terlibat dalam kemalangan antara basikal yang ditunggangnya dengan lori 10 tan di Jalan Bau Lama sekitar 9.50 pagi tadi.

    Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, mangsa yang merupakan penunggang basikal mengalami kecederaan parah pada kaki kanan selepas digilis tayar lori.

    "Bomba memberi rawatan awal pada kaki kanan mangsa dan menghantar mangsa ke Hospital Bau untuk rawatan lanjut," katanya.-Sarawakiana

  • No Comment to " Kaki Warga Emas Digilis Lori 10 Tan Kemalangan Di Bau "