• Kahwin Hanya Dengan Gambar Suami

    Published: Friday, 14 July 2017
    A- A+

    Seorang wanita di sini melangsungkan perkahwinannya dengan gambar suaminya sahaja kerana lelaki berkenaan tidak dapat menghadiri majlis berkenaan.

    Majlis perkahwinan itu diadakan dua tahun lalu tetapi hanya tular awal minggu ini.

    Ia menunjukkan acara itu diadakan secara besar-besaran di sebuah gereja, lengkap dengan acara potong kek serta beberapa rakan sebagai pengapit. Gambar itu mencetuskan tanda tanya dalam kalangan orang ramai yang tidak faham alasan dia meneruskan majlis itu tanpa kehadiran pengantin lelaki.

    Memang menjadi kebiasaan untuk pasangan yang hidup di luar negara diraikan keluarga di kampung halaman dengan hanya menggunakan gambar mereka, namun lazimnya majlis seumpama itu diadakan secara tertutup yang cuma dihadiri keluarga terdekat.

    Tetapi wanita itu mengadakan majlisnya secara besar-besaran.

    Menurut wanita yang bernama Tola dan menggunakan nama @pinkberrybloom di Instagram: “Kasih sejati, pengantin lelaki tidak perlu hadir untuk majlis perkahwinan asalkan dia memang bersungguh-sungguh mahu berkahwin.”

    Dalam pada itu, selain menyiarkan gambar perkahwinannya, dia juga menyiarkan gambar anaknya, hasil perkahwinan itu. - Agensi

    Subjects:

  • No Comment to " Kahwin Hanya Dengan Gambar Suami "