• Kadar Jenayah Juvana Di Malaysia Terkawal

    Published: Monday, 10 July 2017
    A- A+

    MELAKA: Kadar permasalahan melibatkan golongan juvana khususnya belia di negara ini masih berada pada tahap terkawal berbanding negara lain.

    Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pihaknya mengambil kira faktor itu berdasarkan jumlah 5 juta pelajar di semua sekolah rendah dan menengah di seluruh negara.

    “Masalah juvana di negara ini tidak banyak tetapi disebabkan kita mempunyai jumlah pelajar yang tinggi iaitu kira-kira 5 juta maka seolah-olah kes juvana ini nampak besar.

    “Cuba kita andaikan terdapat kira-kira 3 juta pelajar sekolah menengah di negara ini, jika berlaku sesuatu kes buli, gengsterisme atau dadah sudah pasti ia nampak seperti kes besar,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Dialog Belia Antarabangsa Ke-17 anjuran Pertubuhan Belia Dunia (WAY) di Hotel MITC Ayer Keroh di sini hari ini.

    Majlis perasmian dialog selama lima hari itu yang disertai kira-kira 200 belia dari 40 buah negara turut dihadiri Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron dan barisan Exco kerajaan negeri.

    Mahdzir berkata, kementeriannya berharap kerjasama antara semua pihak termasuk ibu bapa, guru, pertubuhan bukan kerajaan dan agensi kerajaan dapat membantu usaha menangani permasalahan yang wujud dalam kalangan belia khususnya juvana di negara ini.-Utusan Online

    Subjects:

  • No Comment to " Kadar Jenayah Juvana Di Malaysia Terkawal "