• Kadar Buruh Naik, Pengangguran Kekal

    Published: Tuesday, 18 July 2017
    A- A+


    PUTRAJAYA - Kadar penyertaan tenaga buruh pada Mei tahun ini meningkat 0.1 peratus kepada 67.8 peratus berbanding bulan sebelumnya, kata Ketua Perangkawan Dr Mohd Uzir Mahidin.

    Beliau berkata pada Mei lepas, jumlah tenaga buruh meningkat kepada 14.96 juta orang berbanding 14.71 juta orang berbanding 14.94 juta orang pada April.

    Kadar pengangguran pada Mei pula kekal pada 3.4 peratus berbanding bulan sebelumnya, kata beliau dalam kenyataan mengenai statistik tenaga buruh di Malaysia hari ini.

    “Perbandingan tahun ke tahun juga tiada menunjukkan perubahan,” katanya. - Bernama

    Subjects:

  • No Comment to " Kadar Buruh Naik, Pengangguran Kekal "