• Jual Isteri Jika Tak Mampu Bina Tandas

    Published: Thursday, 27 July 2017
    A- A+

    AURANGBAD/NALANDA: Seorang majistret daerah mengundang kecaman apabila dia didakwa menyuruh seorang penduduk kampung menjual isterinya jika tidak mampu membina tandas di rumahnya.

    Kanwal Tanuj didakwa menyuruh demikian ketika berucap di satu kempen kebersihan baru-baru ini.

    Majistret itu bagaimanapun mendakwa, laporan mengenai ucapannya itu diputarbelitkan.

    Kempen itu bertujuan mewujudkan kesedaran mengenai pembinaan tandas.

    Dalam video yang tular di media sosial, Tanuj kedengaran berkata: “Selamatkan martabat isteri anda. Adakah anda teramat miskin sehinggakan tidak mampu membina tandas di rumah? Anda hanya perlukan Rs12,000 (RM800) sahaja.”-Agensi

    Subjects:

  • No Comment to " Jual Isteri Jika Tak Mampu Bina Tandas "