• JPN, PPD ada lebih kuasa

    Published: Wednesday, 12 July 2017
    A- A+


    SEREMBAN: Kementerian Pendidikan akan mengurangkan pembabitannya dalam urusan pertukaran guru, sebaliknya menyerahkan kuasa membuat keputusan kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).

    Timbalan Menterinya, Datuk Chong Sin Woon, berkata ketika ini terlalu banyak birokrasi yang berlaku yang memerlukan pembabitan serta kelulusan di peringkat kementerian.

    "Kita akan menurunkan kuasa kepada JPN dan PPD kerana mereka lebih memahami keperluan di peringkat bawah sekali gus memudahkan urusan kelulusan pertukaran guru.

    "Kementerian sedang memperhalusi kaedah yang sesuai dan perkara ini dijangka akan dilaksanakan tahun depan," katanya selepas menghadiri majlis sambutan Aidilfitri JPN Negeri Sembilan di sini, hari ini.

    Beliau berkata, seiring Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2045, JPN dan PPD akan diperkasakan dengan diberi penambahan kuasa dan sumber malah beberapa jawatan baharu akan diwujudkan bagi melancarkan urusan pentadbiran.-BHOnline

    Subjects:

  • No Comment to " JPN, PPD ada lebih kuasa "