• Jangan Terpengaruh Dengan Individu Burukkan Kerajaan - Penguang

    Published: Tuesday, 18 July 2017
    A- A+


    MARUDI: Menteri Muda Kerajaan Tempatan Datu Dr Penguang Manggil menyeru masyarakat supaya jangan mudah terpengaruh dengan individu yang sengaja meracuni pemikiran rakyat dengan memburuk-burukan pemimpin kerajaan.

    Penguang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi yang dipetik Utusan Borneo sebagai berkata beliau menyangkal sepenuhnya tohmahan yang dilemparkan terhadap dirinya di laman Facebook yang menyifatkan dirinya sebagai seorang wakil rakyat yang tidak berguna.

    Menurutnya, hal sedemikian merupakan satu agenda dalam mencetuskan satu propaganda untuk menimbulkan rasa benci masyarakat terhadap kerajaan dan dan pemimpin kerajaan Barisan Nasional (BN).

    Beliau berjanji akan memberi perkhidmatan dengan sebaik-baiknya selepas dipilih sebagai wakil rakyat BN di konstituensi tersebut.

    “Di sini saya menerangkan bahawa saya hanya setahun lebih menjadi wakil rakyat di Marudi dan semua janji kebanyakan telah ditunaikan seperti pembinaan Tebingan Baram di Marudi dengan kelulusan sejumlah RM23 juta dan pembinaan Jalan Miri-Marudi.

    “Walaupun keadaan jalannya masih teruk tetapi kontraktor CMS Sdn Bhd dengan sedaya upaya melakukan yang terbaik, malah terpaksa menggunakan peruntukan mereka sendiri terlebih dahulu untuk menjalankan projek tersebut berikutan tekanan daripada saya yang kerap bertanya serta bermesyuarat dengan CMS untuk menagih pembinaan Jalan Miri–Marudi agar dimulakan secepat mungkin,” katanya.

    Jesteru beliau berharap agar masyarakat mempercayai dirinya dan berjanji akan memberi perkhidmatan yang terbaik selepas diberi mandat oleh masyarakat kawasan Marudi amnya.

    Beliau berkata demikian ketika majlis perasmian Citrawarna Perpaduan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Marudi di Dewan Serba Guna Kampung Narum dekat sini kelmarin -Sarawakiana
  • No Comment to " Jangan Terpengaruh Dengan Individu Burukkan Kerajaan - Penguang "