• Jangan Masuk Campur Urusan Sarawak

    Published: Monday, 17 July 2017
    A- A+

    "Orang luar Sarawak jangan masuk campur kerana ini adalah antara kita (kerajaan Sarawak) dengan kerajaan persekutuan dan meneruskan perjuangan Allahyarham Tok Nan," kata Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg.

    Ketegasan kenyataan Abang Johari ditujukan kepada ahli parti Amanah yang cuba mempertikai tindakan Abang Johari menghantar kumpulan peguam ke London untuk merujuk dan mengkaji Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

    Pada masa sama pembangkang di Sarawak harus terasa dengan amaran tersebut memandangkan ia senada dengan Amanah. Apa perlu ditakuti oleh pembangkang terutama DAP Sarawak sedangkan tindakan Abang Johari adalah satu perjuangan yang sebenar untuk Sarawak.

    Mungkinkah DAP akan kecewa apabila 'momokan' politik melibatkan MA63 akan menghancurkan harapan mereka untuk menang pada Pilihanraya Umum ke 14 (PRU14) nanti jika perjuangan Abang Johari menegak hak Sarawak di landasan yang benar.

    Mungkinkah 18 perkara versi pembangkang akan dilondeh autanya ?

    Selama ini rakyat Sarawak hanya didendangkan oleh pembangkang dan gerakan Sabah Sarawak Keluar  Malaysia dengan catitan 18/20 perkara MA63 yang jelas sekali masih mengagungkan bendera Union British.

    Hakikatnya Abang Johari mahukan negeri di Malaya tidak akan campur tangan hal tersebut memandangkan ia adalah antara kerajaan pusat dan Sarawak serta secara tidak langsung memberi kata dua kepada pembangkang dan kumpulan yang tidak bertanggungjawab.

    Ternyata Abang Johari tetap meneruskan perjuangan Tok Nan dan tidak pernah buat 'U Turn'.-Abdul Halim Jantan

    Subjects:

  • No Comment to " Jangan Masuk Campur Urusan Sarawak "