• Jalil Sesuai Sebagai 'Penyelamat' Bola Sepak Sarawak

    Published: Thursday, 13 July 2017
    A- A+

    KUCHING: Siapa tidak kenal kalau sebut Abdul Jalil Rambli? Sudah pasti penyokong bola sepak Sarawak tidak melupakan lontaran jauh yang pernah dilakukan lagenda bola sepak Sarawak ini.

    Jalil yang pernah menjadi kapten Sarawak suatu ketika dahulu juga mempunyai lesen kejurulatihan dan pernah membimbing Skuad Bujang Senang.

    Selepas memimpin Sarawak, Jalil beralih arah dan membimbing PDRM dan kini tidak terikat dengan mana-mana pasukan dalam kancah Liga Malaysia.

    Pengurusan Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) mungkin boleh menyunting kembali Jalil untuk 'menyelamatkan' Sarawak daripada terjatuh ke Liga Perdana musim depan.

    Bagaimanapun buat masa ini, belum ada sebarang tawaran diberikan kepada Jalil untuk kembali memimpin Sarawak.

    "Cdak belom approach nya gik unc.. Ya lah nya diam ajak.. Mun knk offer memang nya maok pegi.. Tapi management lom ada offer nya," kata Rayjal yang merupakan anak lelaki Jalil.

    Rose Roses ketika membuat komen dalam Facebook berkata, Jalil merupakan pilihan yang terbaik.

    "Pilihan yg terbaik org lamak org yg dah tauk siney dan hala tuju team swak kalau boleh ambil lagik yg senior2 mcm rosalan ismail...ali shafiee banyak lagik org senior swak yg boleh merik semangat dan motivasi dengan org org mudak di swak," ujarnya.-Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " Jalil Sesuai Sebagai 'Penyelamat' Bola Sepak Sarawak "