• Jadi 'Tanggang Moden' Hanya Kerana Ibu Pijak Kasut

    Published: Thursday, 13 July 2017
    A- A+

    Kasih ibu membawa ke syurga. Kasih ayah sepanjang masa.

    Namun ada seorang anak sanggup tergamak memaki ibu kandungnya sendiri hanya kerana wanita tua itu tidak sengaja terpijak kasut si anak.

    Kejadian yang berlaku pada 10 Julai pukul 9:30 pagi itu telah menyebabkan si anak telah terjatuh di landasan MRT Singapura dekat stesen Lakeside.

    Tapi kalau nak diikutkan, kalau malu sekalipun tidak sepatutnya dia memaki ibu kandungnya.

    Menurut portal Dream Co.Id dari Indonesia, rakaman video tersebut telah tersebar menerusi laman Everyday SG.

    Gadis itu kelihatan memarahi ibunya yang sedang duduk dan menyoal ibunya.

    “Waktu saya masuk, mak pijak kasut saya. Tak boleh ke tunggu sekejap pun?” soalnya di dalam video tersebut

    Makian wanita itu tidak terhenti di situ sahaja.

    Pada saat ke-50 video tersebut, wanita itu kelihatan menghulurkan tangannya dan berkata: “Boleh bagi duit sekarang?”

    Kerana sayangkan anak, si ibu memberi beberapa keping wang dolar Singapura tapi tidak kelihatan berapa jumlahnya.

    Berang kerana wang tidak mencukupi, si anak terus meninggikan suara kepada ibunya dan mereka telah berdebat sesama sendiri.

    Akhirnya wanita itu menyuruh ibunya turut sama turun di satu station untuk ikut membeli kasut baru.

    Mungkin kerana masih bengang, wanita itu sekali lagi menjerit kepada ibunya sambil berkata

    “Jangan menjerit dekat saya, sekarang semua salah mak OK!”

    Ehh siapa yang sepatutnya marah? Mak ke anak? Siapa yang biadap? Sebab mak terpijak kasut pun nak maki sampai macam tu sekali.

    Tak takut ke kalau derhaka dengan mak, nanti tidak pasal-pasal boleh kena sumpah jadi batu macam cerita legenda Si Tanggang. – MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Jadi 'Tanggang Moden' Hanya Kerana Ibu Pijak Kasut "