• Isteri Saksi Adegan 'Panas Ekstrem' Amar Asyraf Dengan Nadia Bryan

    Published: Wednesday, 19 July 2017
    A- A+

    Sejak mula menceburi dunia lakonan, Amar Asyraf sentiasa memastikan dia dapat memberikan lakonan yang terbaik dan sanggup melakukan apa saja demi menghidupkan setiap watak dalam drama mahupun filem yang dibintanginya.

    Terbaharu, Amar bakal muncul menerusi filem Blok 404 arahan Isma Aizal Yusof yang dijangka akan ditayangkan di pawagam sebelum hujung tahun ini.

    Teruja kerana berpeluang terbabit sama dalam filem yang pernah menjadi fenomena kira-kira 16 tahun lalu itu, kata Amar, wataknya kali ini juga cukup mencabar termasuklah menuntutnya melakonkan banyak babak panas dan berahi bersama Nadia Brian.

    "Selain saya memang menantikan peluang untuk bekerja dibawah arahan Isma. Selain itu watak saya kali ini menarik dan belum pernah saya lakukan. Walaupun ianya cukup mencabar tapi saya sangat seronok sepanjang penggambaran dan sebenarnya watak seperti ini juga yang saya nanti-nantikan.

    "Ketika penggambaran terutama adegan-adegan panas dan agak ekstrem, saya tidak takut atau risau tentang reaksi isteri saya tetapi apa yang risaukan kalau Nadia yang tak boleh melakukan adengan tersebut.

    "Tapi Alhamdulillah segalanya berjalan lancar sepanjang penggambaran dan saya harap tiada apa-apa masalah untuk babak tersebut ditayangkan nanti," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran filem berkenaan di hotel Concorde KL, pada Selasa.

    Meskipun komited terhadap kerjanya namun menyedari statusnya sebagai suami, kata Amar, dia ada membawa isterinya ke set penggambaran bagi menyaksikan sendiri lakonannnya terutama babak panas berkenaan.

    "Saya ada membawa isteri saya ke set dan dia saksikan sendiri lakonan saya termasuk babak panas itu. Lagipun ini kali pertama dia ikut saya ke set selepas hampir lima tahun kami berkahwin.

    "Reaksi dia okay saja. Walaupun dia ada di set, saya tidak berasa segan untuk melakonkan babak itu. Saya bersyukur kerana mempunyai seorang isteri yang sangat memahami dan dia tahu passion saya dalam dunia lakonan. Dia tahu aksi berahi saya buat itu semata-mata lakonan," katanya.

    Pun begitu, tegas Amar, dia tahu akan had dan batasnya sebagai seorang pelakon dan suami. Malah dia sudah bersedia sekiranya lakonannya itu dikritik selepas filem tersebut ditayangkan.

    "InsyaAllah saya tahu had dan batas saya sebagai pelakon, sebagai suami dan sebagai seorang muslim. Tapi bagi saya selagi saya boleh berkarya dengan lakonan saya dan dibantu oleh pengarah, saya akan buat (lakon babak panas).

    "Saya sudah bersedia dan tidak kisah jika dikritik namun saya tahu penonton hari ini kebanyakannya sudah bijak dan boleh menilai. Tetapi sekiranya saya dikritik gara-gara lakonan adegan tersebut, saya rasa secara tak langsung ia juga boleh dianggap sebagai satu promosi ," tuturnya.

    Dalam pada itu, kata Amar lagi, dia juga membuat kajian sendiri dengan berkunjung ke kelab malam sebanyak tiga kali sebelum penggambaran bermula demi menjiwai wataknya sebagai seorang anak muda yang bebas bersosial.

    "Saya buat kajian seperti pergi ke kelab malam di kawasan Jalan Changkat sebanyak tiga kali. Saya mencari anak muda melayu dan saya perhatikan cara mereka yang bebas bersosial.

    "Sejujurnya sepanjang berkunjung ke tempat sebegitu membuatkan saya berasa sangat insaf kerana realitinya jauh lebih teruk daripada apa yang saya tunjukkan menerusi lakonan saya.

    "Tapi lucunya, ketika melakukan kajian, pernah sekali secara tidak sengaja saya termasuk ke dalam sebuah kelab yang saya rasa kelab gay. Saya memang tidak tahu tentang kelab-kelab malam jadi saya hanya pergi saja dan niat saja hanya sekadar mahu membuat permerhatian.

    "Ketika saya masuk, saya berasa pelik kerana dalam kelab itu ramai lelaki dan tidak nampak pula wanita. Sebaik saja menyedari ia adalah kelab gay, saya terus meninggalkan tempat itu," ceritanya sambil menahan gelak.

    Selain Amar, Blok 404 turut dibintangi barisan pelakon hebat seperti Zamarul Hisham, Raja Azri, Fasha Sandha, Boy Iman dan ramai lagi.-Malaysian Digest

    Subjects:

  • No Comment to " Isteri Saksi Adegan 'Panas Ekstrem' Amar Asyraf Dengan Nadia Bryan "