• Isteri Didakwa Bunuh Suami, 4 Anak

    Published: Saturday, 8 July 2017
    A- A+


    GEORGIA - AMERIKA SYARIKAT.: Mayat seorang lelaki dan empat anaknya ditemui dipercayai dibunuh oleh isterinya sendiri di kediaman di Atlanta pada Khamis, lapor AP.

    Menurut polis, kelima-lima mangsa mati ditikam manakala anak kelima pasangan itu yang berusia 9 tahun terselamat dan dimasukkan ke hospital akibat kecederaan serius.

    Wanita itu ditahan polis selepas mayat ditemui di kediaman mereka di Loganville, kata polis Gwinnett County, Michele Pihera memberitahu wartawan di tempat kejadian.

    Polis kemudian mendakwa Isabel Martinez,33, dengan tuduhan membunuh dengan niat, lima tuduhan membunuh dan enam tuduhan melakukan serangan.

    "Dia ditahan sejurus selepas kejadian dan kini berada dalam tahan polis untuk soal siasat," katanya

    Michele mengesahkan, panggilan kecemasan itu datang dari seorang wanita dewasa yang berada di dalam rumah berkenaan.

    Polis percaya suspek membuat panggilan itu.

    Petunjuk awal menunjukkan pisau digunakan untuk menyerang mangsa namun polis menunggu laporan perubatan bagi menentukan punca kematian.

    Kanak-kanak yang dirawat di hospital, Diana Romero, berada dalam keadaan yang serius tetapi stabil kata polis dalam ulasan ringkas mengenai kes itu.

    Empat kanak-kanak yang terbunuh telah dikenal pasti sebagai Isabela Martinez, 10, Dacota Romero, 7, Dillan Romero, 4, dan Axel Romero, 2. manakala bapa mereka Martin Romero, 33. - Sinar Harian

    Subjects:

  • No Comment to " Isteri Didakwa Bunuh Suami, 4 Anak "