• Ingatkan Bart Simpson Rupanya Pencuci Mulut - Chef Wan

    Published: Friday, 28 July 2017
    A- A+

    Pada Rabu lalu chef popular, Profesor Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan telah menerima undangan makan malam istimewa daripada Kedutaan Korea.

    Seperti biasa, Chef Wan akan memuat naik foto, berkongsi pengalaman manisnya bersama pengikut-pengikut di Instagram (IG).

    Bagaimanapun salah satu foto yang dimuat naik, telah menarik perhatian netizen kerana bentuknya yang unik.

    Lebih mencuit hati, apabila Chef Wan telah menulis kapsyen yang agak ‘terbuka’ pada foto hidangan pencuci mulut tersebut.

    Rata-rata pengikut Chef Wan mengakui tidak perasan bentuk pencuci mulut tersebut sebelum membaca kapsyen ditulis beliau.

    Kebanyakan mereka menyangka pencuci mulut tersebut menyerupai bentuk seekor monyet dan watak kartun popular, Bart Simpson.

    Selain itu, pengikut IG beliau turut menganggap Chef Wan seorang yang lucu kerana sering menulis kapsyen lucu setiap kali memuat naik foto di laman sosial tersebut.-Astro Gempak

    Subjects:

  • No Comment to " Ingatkan Bart Simpson Rupanya Pencuci Mulut - Chef Wan "