• Ibu Tinggalkan Bayi 6 Bulan Dalam Kereta Selama 2 Hari

    Published: Friday, 28 July 2017
    A- A+

    Tergamak seorang ibu meninggalkan bayinya yang baru berusia enam bulan di dalam kereta sendirian selama dua hari tanpa susu.

    Perempuan kejam itu, Lovily Johnson, 22, dari Wyoming, Michigan meninggalkan bayi itu., Noah di kawasan apartmentnya.

    Sepanjang tempoh berkenaan, dia berada di rumahnya. Punca Lovily melakukan perbuatan itu tidak diketahui.

    Dia yang mempunyai seorang lagi anak perempuan berusia dua tahun, telah didakwa atas tuduhan membunuh di mahkamah setelah ditangkap beberapa jam selepas bayi itu dimasukkan ke hospital.

    Selepas ditinggalkan dalam kereta, Lovily boleh pula membawa Noah ke hospital.

    Lovily yang tidak dibenarkan ikat jamin berdepan hukuman penjara seumur hidup. Manakala anak perempuan sulongnya diletakkan di bawah jagaan neneknya. – MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Ibu Tinggalkan Bayi 6 Bulan Dalam Kereta Selama 2 Hari "