• Hujan Batu Sebesar Bola Golf Bunuh Biri-Biri

    Published: Thursday, 20 July 2017
    A- A+

    SEBUAH bandar di Sepanyol telah dihujani hujan batu sebesar saiz bola golf, mengakibatkan kenderaan rosak selain membunuh beberapa ekor kambing biri-biri.

    Kejadian itu berlaku di bandar Almazan pada 13 Julai lepas. Gambar-gambar yang dirakamkan menunjukkan kambing biri-biri terdampar di atas jalan manakala cermin kereta berlubang.

    Bagaimanapun tidak diketahui sama ada penduduk di situ mengalami kecederaan.

    Sepanyol merupakan sebuah negara di mana ia sering mengalami cuaca yang ekstrem.


    Awal tahun ini, ribut telah melanda kawasan peranginan di Malaga, mengakibatkan jalan raya terputus.

    Manakala pada Februari pula, banjir yang melanda bandar Costa Del Sol telah menghayutkan kenderaan.

    Banjir itu juga mengakibatkan pasukan kecemasan menerima lebih 200 laporan kemalangan. – Mynewshub.cc

    Subjects:

  • No Comment to " Hujan Batu Sebesar Bola Golf Bunuh Biri-Biri "