• 'Hidup Mati' Penumpang Kareta Kabel

    Published: Monday, 31 July 2017
    A- A+

    JERMAN: Dianggarkan lebih 75 penumpang berhadapan detik cemas situasi ‘hidup atau mati’ apabila tergantung di udara selepas kereta kabel yang dinaiki terlepas dari kabelnya setelah melanggar sebatang tiang sokongan.

    Dalam kejadian yang merentasi Sungai River di Cologne, Jerman itu, pihak penyelamat terpaksa menggunakan kren dan tali untuk menyelamatkan orang ramai termasuk kanak-kanak yang terperangkap setinggi 40 meter di udara.

    Seorang wanita mengandung dan seorang lelaki antara yang cedera dalam misi menyelamat itu.
    Menurut Pihak Berkuasa Pengangkutan Awam bandaraya North-Rhine-Westphalia, ketika kejadian sebanyak 32 kereta kabel sedang beroperasi.

    Belum dapat dipastikan apa yang menyebabkan kereta itu terlepas dari kabelnya punca kejadian masih belum diketahui, tetapi angin bertiup kencang semasa kejadian.

    Pengurus kereta kabel, Thomas Miebach, memohon maaf kepada semua penumpang dan berjanji akan menjalankan penyiasatan dengan secepat mungkin.

    Ia merupakan insiden pertama dalam tempoh 50 tahun, tambah beliau.-BNBBC.my

    Subjects:

  • No Comment to " 'Hidup Mati' Penumpang Kareta Kabel "