• Harga Minyak Dijangka AS$60 Hujung Tahun Ini

    Published: Monday, 10 July 2017
    A- A+

    NEW YORK: Permintaan minyak mentah global yang bertambah dijangka melonjakkan semula harganya sehingga AS$60 setong sebelum akhir tahun ini.

    Laporan media Barron's, yang memetik nota penyelidikan Penganalisis Kanan Tenaga Citibank, Eric Lee, berkata turut menyokong kenaikan itu adalah bekalan yang terhad daripada Pertubuhan Negara Pengeksport Minyak (OPEC).

    Lee ialah Penganalisis yang sebelum ini meramalkan kejatuhan pasaran minyak semasa harga melebihi AS$100 setong.

    Penurunan harga minyak mentah Brent kepada serendah AS$40 beberapa minggu kebelakangan ini menjadikan ramalan Lee tempat untuk jangka pendek, kata laporan Barron's itu.

    Lee mengunjurkan permintaan 97.3 juta tong sehari pada 2017, rekod tertinggi, berbanding 96 juta pada 2016.

    Ia dipacu sebahagian besarnya oleh pasaran sedang pesat membangun seperti China dan India.

    Dalam masa sama, pengurangan bekalan daripada OPEC sebanyak 700,000 tong sehari berbanding purata pengurangan 2016 boleh meningkatkan harga minyak sebelum akhir suku keempat. - Reuters

    Subjects:

  • No Comment to " Harga Minyak Dijangka AS$60 Hujung Tahun Ini "