• Haram Jadi Pengkid

    Published: Thursday, 27 July 2017
    A- A+

    Soalan: Saya mempunyai rakan serumah yang pengkid. Bercinta sesama perempuan.
    Ibu bapa rakan saya tahu mengenai anaknya tapi tidak kisah. Saya sudah puas menasihati tapi beliau tetap tidak mahu dengar. Boleh ustaz beri pandangan dengan cara apa lagi saya boleh membantu rakan saya ini selain dari menasihati kerana beliau sudah tidak menghiraukan nasihat saya lagi.

    JAWAPAN:

    Sighah Keputusan Muzakarah Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke – 83 : ”Muzakarah memutuskan bahawa pengkid, iaitu wanita yang berpenampilan dan mempunyai gerak laku serta naluri seksual seperti lelaki adalah haram di sisi Islam”.

    Maksudnya: “Daripada Ibn Abbas R.A. berkata: Rasulullah S.A.W. melaknat mereka yang menyerupai wanita daripada kalangan lelaki dan mereka yang menyerupai lelaki daripada kalangan wanita”.

    Maksud menyerupai dalam konteks hadith di atas termasuklah daripada aspek gaya rambut, perhiasan, penampilan, cara bercakap, cara berpakaian dan sebagainya.

    Puan janganlah berputus asa dalam menasihati sahabat puan semoga dia mendapat rahmat dan hidayah Allah. Teruskan berdoa dan penuh pengharapan agar sahabat puan berubah.-Jabatan Mufti Negeri Sarawak

    Subjects:

  • No Comment to " Haram Jadi Pengkid "