• Hanya Perubahan Sikap, Akan Selesai Masalah Pembuangan Sampah

    Published: Friday, 14 July 2017
    A- A+

    KUCHING: Masalah pembuangan sampah oleh pihak tidak bertanggungjawab di kawasan Metrocity memerlukan perubahan sikap dan rasa bertanggungjawab masyarakat untuk diselesaikan.

    Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong Fazzrudin Abdul Rahman berkata hanya perubahan sikap dan rasa bertanggungjawab dikalangan masyarakat akan mampu menyelesaikan masalah itu.

    Menurutnya, kawasan Metrocity yang turut menjadi lokasi Pasar Malam telah disediakan kemudahan pembuangan sampah yang mencukupi oleh pihak penganjur.

    "Sampah yang dibuang di kawasan ini merupakan sampah yang dibuang penduduk luar.

    "Pembuangan sampah secara sembarangan bukan berpunca dari pihak penganjur mahupun peniaga di Metrocity,” katanya

    Beliau berkata demikian ketika melakukan lawatan bersama media di Metrocity di sini pagi tadi.

    Fazzrudin menjelaskan, pihak Dewan Bandaraya Kuching Utara dan Trienikens telah menyediakan kuota yang mencukupi bagi kawasan kediaman serta kawasan perniagaan serta menyediakan khidmat mengutip sampah sebanyak dua kali seminggu.

    Justeru beliau berharap agar masyarakat berubah dan mempunyai kesedaran tinggi untuk menyelesaikan menyelesaikan masalah berkaitan sampah.

    Mengulas lanjut berhubung isu pembuangan sampah, beliau berkata masalah yang sama turut berlaku di beberapa kawasan lain sepertu kawasan Loba Kara, Jalan Semariang Aman, Lorong Demak Maju dan di Jalan Demak Baru.

    “Ini membuktikan sikap sebenar segelintir penduduk yang tidak mempedulikan risiko kesihatan yang menyusul dari kesan pembuangan sampah sembarangan," tegasnya

    Beliau berharap, sikap tidak bertanggungjawab itu harus dihentikan bagi memastikan Bandaraya Kuching kekal bersih selaras kemajuan semasa. - Sarawakiana





  • No Comment to " Hanya Perubahan Sikap, Akan Selesai Masalah Pembuangan Sampah "