• Hampir Buta Kerana Tonton Drama Terlalu Lama

    Published: Thursday, 6 July 2017
    A- A+


    GARA-gara menonton drama Korea terlalu lama, seorang gadis berusia 20 tahun di China nyaris buta dan terpaksa dikejarkan ke hospital.

    Gadis itu menghabiskan masa cuti hujung minggu dengan menonton dua drama bersiri sekali gus iaitu Cheese In The Trap and Descendants of The Sun.

    Disebabkan dia tidak makan dan tidur, gadis itu hanya `melekat’ di tabletnya sambil menonton drama berkenaan.

    Selepas habis menyaksikan drama marathon itu, dia mengalami pedih mata, kabur penglihatan dan sakit kepala.

    Sebaik sahaja mendapatkan rawatan di hospital, doktor memaklumkan bahawa dia mengalami acute glaucoma dan bernasib baik kerana tidak buta.

    Dengan rawatan segera, dia kini sedang menjalani pemulihan. – MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Hampir Buta Kerana Tonton Drama Terlalu Lama "