• Hampir 300,000 Payung Hilang Misteri

    Published: Tuesday, 11 July 2017
    A- A+


    BEIJING – Ssebuah syarikat yang berpangkalan di Shenzen baru-baru ini mengumumkan ia kehilangan sebahagian besar 300,000 payung yang disediakannya sejak beroperasi pada April lalu.

    Syarikat tempatan itu, Sharing E Umbrella, merupakan sebuah firma China yang menawarkan khidmat penyewaan payung kepada orang ramai.

    Dengan sejumlah deposit, pelanggan boleh menggunakan barangan yang ditawarkan untuk sewaan bagi tempoh tertentu bagi bayaran sehari dan denda sekiranya mereka gagal memulangkan semula pada waktu yang ditetapkan.

    Seorang ahli perniagaan dari Shenzen mengasaskan Sharing E Umbrella sejak April lalu, mendapat inspirasi daripada kejayaan perkhidmatan penyewaan basikal.

    Setakat Jun lalu, perkhidmatan yang ditawarkan beliau beroperasi di 11 bandar utama di China, termasuk Shanghai, Nanjing dan Guangzhou.

    “Payung tidak seperti basikal… basikal boleh diletakkan di mana-mana, tetapi payung memerlukan pagar atau tempat untuk menggantungkannya.”

    Disebabkan itu, ramai pelanggan mungkin membawa pulang payung yang disewa itu ke rumah masing-masing.

    Sharing E Umbrella melaporkan kehilangan sebahagian besar 300,000 payungnya. – odditycentral/mStar Online

    Subjects:

  • No Comment to " Hampir 300,000 Payung Hilang Misteri "