• Hampir 100,000 Pekerja Migran Di Thailand

    Published: Thursday, 27 July 2017
    A- A+


    BANGKOK - THAILAND. Hampir 100,000 migran mendaftar di 100 pusat pendaftaran pekerja asing tanpa izin di seluruh Thailand, sejak pendaftaran mula dibuka pada Isnin, lapor agensi berita Thailand (TNA).

    Langkah itu, dilaksanakan sebelum Thailand menguatkuasakan peraturan baharu, sehubungan itu, pekerja asing tanpa izin perlu berdaftar dengan Kementerian Buruh dalam tempoh 180 hari.

    Menurut Kementerian Buruh sehingga Rabu sejumlah 83,335 pekerja asing telah mendaftar, daripada jumlah itu warga Myanmar paling ramai diikuti Kemboja dan Laos.

    Pada 23 Jun undang-undang baharu digubal dalam usaha kerajaan untuk meningkatkan piawaian pengurusan dan pengambilan pekerja.

    Di bawah peraturan baharu itu, memperuntukkan hukuman berat bagi kedua-dua kesalahan sivil dan jenayah berkaitan pengambilan pekerja asing secara haram. - Bernama

    Subjects:

  • No Comment to " Hampir 100,000 Pekerja Migran Di Thailand "