• GP British: Vettel Ceria Ferrari Dapat Enjin Baharu

    Published: Friday, 14 July 2017
    A- A+

    SILVERSTONE, United Kingdom: Usaha pendahulu kejuaraan Formula Satu (F1), Sebastian Vettel, untuk memenangi Grand Prix (GP) British hujung minggu ini dan memastikan penguasaannya dalam pemburuan gelaran, akan mendapat bantuan enjin yang sudah tiga kali dinaik taraf Ferrari tahun ini.

    Juara dunia empat kali itu yang mendahului pemandu tuan rumah, Lewis Hamilton dari Mercedes dengan 20 mata, menyasarkan untuk meraih kemenangan pertama buat Ferrari di litar pantas Silverstone sejak 2011.

    "Kami sudah memasukkan enjin baharu dan saya tidak rasa ia akan menjadi perbezaan yang besar, tetapi jelas kami ada sedikit perancangan," kata pelumba dari Jerman itu.

    "Kami merancang untuk memiliki enjin baharu di sini, jadi kami mengikut perancangan." Vettel yang hanya pernah sekali menang di Silverstone pada 2009 buat Red Bull, turut mengambil kelebihan peluang bagi menunjukkan kepada peminat British selepas Hamilton tidak hadir pada promosi F1 Live dekat tengah London, Rabu lalu.

    Sensitif terhadap imejnya yang tercemar berikutan kontroversi 'pembuli jalanan' terhadap jentera Mercedes pemandu Britain itu bulan lalu di GP Azerbaijan, Vettel tampil memuji penyokong perlumbaan British.

    "Saya tidak tahu kenapa dia (Hamilton) tidak berada di sini. Silverstone ialah litar yang hebat dan saya sudah ke sini untuk beberapa tahun yang hebat.

    "Saya perlu katakan penonton sangat bagus. Saya ingat pada 2009, apabila saya berada dalam situasi sama, saya berlumba dengan Jenson (Button), untuk gelaran dan saya datang ke Silverstone.

    "Jelas dia memiliki penyokong tuan rumah yang besar tetapi saya menang perlumbaan dan saya mendapat banyak sokongan, justeru peminat perlu berlaku adil dan menghormati bahawa kami melalui perlumbaan yang bagus pada ketika itu," - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " GP British: Vettel Ceria Ferrari Dapat Enjin Baharu "