• Gempa bumi gegar pulau Honshu, Jepun

    Published: Thursday, 20 July 2017
    A- A+


    SYDNEY: Gempa bumi berukuran 5.8 magnitud dilaporkan menggegarkan wilayah timur laut Tokyo, iaitu di pulau Honshu, Jepun lapor Pusat Amaran Tsunami Pasifik (PTWC), hari ini.

    Gegaran itu dikesan pada kedalaman 33 kilometer, iaitu kira-kira 79 kilometer ke timur laut Iwaki di Honshu.

    Bagaimanapun, tiada amaran tsunami dikeluarkan PTWC yang berpangkalan di Hawaii. - Reuters

    Subjects:

  • No Comment to " Gempa bumi gegar pulau Honshu, Jepun "