• Gembeling Tenaga Tangani Masalah Dadah - Annuar

    Published: Tuesday, 18 July 2017
    A- A+

    KUCHING: Kerjasama perlu digembeling dikalangan masyarakat bagi membantu kerajaan dalam usaha membasmi masalah penagihan dadah dalam negara kita.

    Menurut Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidikan Teknologi, Dr Haji Annuar Haji Rapaee berkata, rakyat Malaysia yang terdiri daripada berbilang kaum dan budaya perlu bersatu hati dan bekerjasa erat bagi membendung masalah penagihan dadah.

    "Sekiranya masalah penagihan dadah tidak diberi perhatian yang serius, negara yang kita cintai akan musanah di masa hadapan," katanya.

    Bermula dengan membantu ahli keluarga yang mempunyai masalah penagihan dadah, dengan merujuk kepada pihak Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Pusat Pemulihan Penagihan narkotik (PUSPEN) sehingga mengadakan program pendegahan dadah dalam komuniti.

    "Masyarakat perlu segera bertindak bagi membanteras masalah ini," katanya ketika berucap merasmikan Majlis  Sambutan Perayaan Berkembar Gawai Aidilfitri di PUSPEN di sini, hari ini.

    Ujarnya, penganjuran program seumpama ini memberi harapan dan pemimpin yang sayang dan prihatin terhadap mereka dan tidak mengenepikan masalah sosial serta mengurangkan stigma negatif masyarakat terhadap klien di PUSPEN Kuching dan Klinik Cure & Care 1Malaysia Kuching.

    Annuar yang juga Menteri Muda Perumahan dan Kesihatan Awam Sarawak menyeru ibu bapa supaya mengambil tindakan "Ambil Kisah, Ambil Tindakan" kerana berkemungkinan masalah bermula dari rumah tanpa kita sedari.

    Sehubungan dengan itu, beliau turut menasihati individu-induvidu yang terkesan dengan masalah dadah supaya menghadirkan diri di mana-mana Klinik Cure and Care 1Malaysia, Cure and Care Service Centre (CCSC) atau Caring Community House (CCH) untuk mendapatkan rawatan dan pemulihan.

    "Melalui amalan seumpama ini, saya pasti hasrat dan cita-cita Perdana Menteri Dato' Sri Mohamad Najib Tun Razak untuk merelisasikan gagasan dan semangat 1Malaysia di negara kita akan berjalan dengan lancar," ujarnya.

    Turut hadir pada majlis itu tadi ialah wakil Lembaga Pelawat PUSPEN Kuching Yang Berbahagia Professor Madya Dr. Abang Ahmad Ridzuan Bin Abang Awit dan Pengarah PUSPEN, Encik Iskandar bin Turkee. - Sarawakiana
  • No Comment to " Gembeling Tenaga Tangani Masalah Dadah - Annuar "