• Gangguan Perkhidmatan U Mobile Pulih 10 Ogos

    Published: Thursday, 13 July 2017
    A- A+

    KUALA LUMPUR: U Mobile Sdn Bhd akan menaik taraf dan penyelenggaraan berkala sistem Julai dan Ogos.

    Ada kalangan pelanggan yang mungkin mengalami gangguan perkhidmatan dari 12.00 tengah malam hingga 6.30 pagi, pada 18 Julai, 3 Ogos, 8 Ogos dan 9 Ogos, kata syarikat telekomunikasi itu dalam satu kenyataan.

    Semua perkhidmatan akan pulih sepenuhnya pada 10 Ogos, 2017.

    “U Mobile memohon maaf atas sebarang masalah yang dialami, dan komited dalam memastikan usaha menaik taraf dan menyelenggara sistem selesai, dengan gangguan minimum kepada pelanggan,” katanya.

    Untuk maklumat lanjut hubungi Talian Khidmat Pelanggan U Mobile di +6018-388 1318.-BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " Gangguan Perkhidmatan U Mobile Pulih 10 Ogos "