• Gagal Jawab Soalan Matematik, Kanak-Kanak 3 Tahun Mati Dipukul Bapa

    Published: Wednesday, 19 July 2017
    A- A+

    Seorang bapa telah memukul anaknya yang berusia tiga tahun hingga mati hanya kerana anak berkenaan gagal menjawab soalan matematik dengan betul.

    Lelaki itu, Joshua Salovich, dari Mississippi memberitahu polis bahawa dia mahu anak perempuannya itu menjadi kuat jika mahu berjaya.

    “Ia adalah dunia yang penuh cabaran dan dia perlu kuat jika mahu berjaya,’’ katanya kepada polis.

    Susulan itu Joshua telah didakwa atas tuduhan membunuh dan berdepan dengan hukuman mati. Dia juga tidak dibenarkan ikat jamin.

    Menurut polis, kanak-kanak itu akan dipukul di tangan, punggung dan kaki sekiranya gagal menjawab soalan dengan betul dan pernah dipukul di perut beberapa kali.

    Dia pernah menggunakan rotan untuk memukul anaknya hingga patah dan kemudian menggunakan telefon bimbit.

    Kanak-kanak malang itu meninggal dunia Jumaat lalu dengan kesan lebam dan luka penuh di badannya. Dia juga mengalami pendarahan di otak dan paru-paru.Joshua dan ibu kanak-kanak terbabit telah berpisah. – MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Gagal Jawab Soalan Matematik, Kanak-Kanak 3 Tahun Mati Dipukul Bapa "